Now Reading
Tokoh Pendidikan Negara, Tun Arshad Ayub Meninggal Dunia

Tokoh Pendidikan Negara, Tun Arshad Ayub Meninggal Dunia

Tun Arshad Ayub merupakan pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai UiTM.

Tun Arshad Ayub meninggal dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada jam 2.06 pagi 14 Jun, Malaysia telah kehilangan tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub selepas disahkan meninggal dunia menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh ahli keluarganya di laman Facebook (Azmi Arshad).

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu (7 Jun) kerana masalah kesihatan. Sehingga kini, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak.

Tun Arshad Ayub banyak memberi jasa

Sumber: Astro Awani

Arshad berusia 93 tahun itu merupakan pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 sehingga 1975 dan memberi pelbagai sumbangan idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.

Allahyarham juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan terlibat dalam bidang perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat dan badan-badan berkanun.

Beliau turut pernah diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber: Malaysiakini

Team TRP mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd