Now Reading
Disangka Gempa Bumi, Jubin Retak Punca Pengunjung Harbour Mall Sandakan Panik

Disangka Gempa Bumi, Jubin Retak Punca Pengunjung Harbour Mall Sandakan Panik

Pihak pengurusan Harbour Mall Sandakan menafikan dakwaan gempa bumi atau runtuhan tetapi cuma keretakan jubin di tingkat empat.

jubin retak Harbour Mall Sandakan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, insiden yang mencetuskan suasana panik kepada pengunjung di pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pernah berlaku gara-gara kebakaran kecil di sebuah restoran.

BACA JUGA: Pembakar Daging Itik Punca Kebakaran di Pavilion [Video]

Terbaharu, suasana hampir sama berlaku apabila beberapa video orang ramai di sebuah pusat beli-belah Harbour Mall, Sandakan, Sabah berpusu-pusu berlari keluar dalam keadaan cemas.

Ada yang mendakwa bahawa bangunan itu akan runtuh akibat mengalami gegaran yang disangka gempa bumi.

Pihak pengurusan tampil beri penjelasan

Susulan video kejadian yang tular itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu menafikan berita palsu yang tersebar dan memberi penjelasan sebenar menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasmi (Harbour Mall Sandakan).

Pihak pengurusan menjelaskan bahawa terdapat bunyi kuat yang berlaku di tingkat empat kerana keretakan jubin.

Orang ramai juga diminta untuk bertenang dan tidak mudah mempercayai serta menyebarkan berita palsu tanpa mengetahui asal-usulnya.

Bangunan Harbour Mall dalam keadaan baik dan tiada isu kerosakan struktur seperti mana yang disebarkan. Kami juga akan sentiasa berusaha untuk menjadikan keselamatan pengunjung sebagai keutamaan.

Pihak pengurusan Harbour Mall

Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan juga telah menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan berkenaan dan hanya menemui beberapa jubin yang retak di dalam sebuah kedai lot di tingkat empat.

Walau bagaimanapun, pihak CIDB akan menyiasat berhubung kejadian tersebut dengan lebih lanjut sekiranya berkaitan dengan Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd