Now Reading
Hukuman Mati Mandatori Akhirnya Dimansuhkan Di Malaysia

Hukuman Mati Mandatori Akhirnya Dimansuhkan Di Malaysia

Keputusan berkenaan dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

hukuman mati mandatorii di Malaysia dimansuhkan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan in dibuat selepas pembentangan tentang Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)iaitu Datuk Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar ketika Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

Satu organisasi dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut telah dibentuk dan diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum serta pakar-pakar dalam bidang perundangan.

Sumber: Astro Awani

Wan Junaidi mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Kajian lanjut in akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sera lain-lain Kementerian/Jabatan berkepentingan.

Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua individu adalah terpelihara dan terjamin. Selain itu, ianya mencerminkan ketelusan pemimpin dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Kerajaan juga memberi penghargaan kepada Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian in yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd