Now Reading
Warga Emas Maut Dalam Nahas Kebakaran Di Jonker Walk, Melaka

Warga Emas Maut Dalam Nahas Kebakaran Di Jonker Walk, Melaka

Mayat wanita warga emas yang maut dalam kebakaran di Jonker Walk, Melaka ditemui melecur hampir 70%.

23 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kemalangan menyayat hati dilaporkan berlaku melibatkan seorang warga emas di Jonker Walk, Melaka baru-baru ini.

Wanita berusia 75 tahun itu maut selepas badannya melecur hampir 70% akibat kejadian kebakaran di rumah kedai dua tingkat kira-kira jam 9.30 malam pada 7 Jun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan pihak mereka menerima panggilan daripada Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) pada 9.35 malam sebelum pasukan bomba tiba lapan minit kemudian.

Sumber: Sumberkini

Mayat mangsa dikenali sebagai Koo Kim Foong ditemui di tingkat atas unit rumah kedai yang didiami sejak lebih 70 tahun lalu. Menurut laporan, mangsa difahamkan tinggal bersendirian di rumah kedai tersebut yang disewakan kepada keluarganya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Punca kebakaran belum dikenalpasti

Sehingga kini, unit Forensik Bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran.

Ketika kejadian, seramai 23 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan telah padam sepenuhnya pada jam 9.42 malam.

BACA JUGA: Lebih 700 Buah Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran di Tawau [Video]

Ada netizen yang pernah kenal dengan wanita ini

Berita tentang kematian warga emas ini mendapat perhatian di media sosial selepas beberapa netizen mendakwa mereka pernah mengenali wanita tersebut ketika di Melaka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd