Now Reading
Bayaran Elaun Petugas SPM 2021 Dibayar Mulai Hari Ini, 9 Jun

Bayaran Elaun Petugas SPM 2021 Dibayar Mulai Hari Ini, 9 Jun

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengarahkan Lembaga Peperiksaan untuk membuat bayaran elaun kepada petugas SPM 2021 dengan kadar segera.

elaun petugas SPM 2021

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat pengumuman bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).

Keputusan tersebut boleh disemak di talian myresultspm.moe.gov.my bermula dari 10 pagi hingga 6 petang pada 24 Jun.

BACA JUGA: Keputusan SPM Akan Keluar Pada 16 Jun 2022 Nanti

Elaun petugas SPM 2021

Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin di laman Facbook miliknya (Dr Radzi Jidin), beliau menerima makluman bahawa petugas pentaksiran dan pemeriksaan SPM 2021 masih belum menerima bayaran elaun.

Berikutan itu, beliau mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk meneliti semula perkara tersebut dan mula membuat bayaran kepada pihak yang terlibat dengan kadar segera.

Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan untuk meneliti perkara tersebut dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera. Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai hari ini iaitu 9 Jun.

Menteri Pendidikan Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

BACA JUGA: Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd