Now Reading
Warga Bangladesh ‘Masuk’ Ke Landasan LRT Kini Ditahan Pihak Polis

Warga Bangladesh ‘Masuk’ Ke Landasan LRT Kini Ditahan Pihak Polis

Lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun dilaporkan telah menceroboh kawasan larangan landasan LRT stesen Alam Megah untuk tujuan bergambar.

warga Bangladesh ceroboh landasan LRT

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penduduk sekitar Lembah Klang yang sudah biasa menaiki Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel KL pasti sudah sedia maklum bahawa landasan pengangkutan awam ini adalah kawasan larangan.

Boleh dilihat beberapa papan berwarna kuning memberi amaran kepada setiap pengguna untuk tidak memasuki kawasan landasan berkenaan demi melindungi keselamatan mereka.

Sebelum ini, pernah terjadi kes pada tahun 2018 di mana seorang lelaki maut selepas memasuki kawasan larangan di LRT Pusat Bandar Puchong.

Warga asing ceroboh landasan LRT

Terbaharu, kejadian yang hampir sama sekali lagi berlaku apabila seorang lelaki warga Bangladesh dilaporkan sengaja menceroboh landasan LRT di stesen Alam Megah dengan alasan untuk bergambar.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 2 petang hari Ahad (5 Jun) itu telah membawa padah kepada warga asing tersebut apabila dia ditahan oleh pihak polis bantuan di stesen berkenaan.

Sumber: klia2.info

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Khalid Othman, tindakan suspek berusia 24 tahun itu telah mengakibatkan sistem LRT terganggu dan terhenti selama lima minit.

Suspek telah berjaya diberkas dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Khalid Othman.

Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: MyRapidKL

Pengangkutan awam seperti LRT merupakan salah satu ‘kenderaan’ utama kepada penduduk di sekitar Lembah Klang untuk ke pelbagai destinasi. Nasihat kami, janganlah buat perkara sebegini bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada perkhidmatan ini.

Jangan main-main kalau lambat lima minit waktu ‘peak hour’. Confirm penuh stesen macam tin sardin.

BACA JUGA: 9 Tempat Best Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Pergi Dengan Pengangkutan Awam


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd