Now Reading
Suami Isteri Maut Di Melaka Dipercayai Dirempuh Oleh Pemandu Myvi Mabuk

Suami Isteri Maut Di Melaka Dipercayai Dirempuh Oleh Pemandu Myvi Mabuk

Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Siti Murni
myvi mabuk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (6 Jun) telah berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian pasangan suami isteri di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka. Pasangan suami isteri berkenaan dipercayai dirempuh oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian pada 7.45 pagi itu mengakibatkan mangsa Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kenderaan dipandu oleh pemuda berusia 24 tahun.

myvi mabuk
Sumber: Twitter

Mengulas lanjut, sebelum kejadian mangsa yang maut bersama penunggang motosikal Yamaha Lagenda berusia 57 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau.

Manakala Perodua Myvi pula dari arah bertentangan. Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi dipercayai mabuk dan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Oleh itu, ketika kenderaan berkenaan memasuki laluan bertentangan kedua-dua motosikal yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan menekan brek, lalu bertembung.

Akibat daripada pertembungan itu, motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun telah terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

myvi mabuk
Sumber: Twitter

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan. Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four + seven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd