Now Reading
Lelaki Di Perak Kerat Ibu 42 Gara-gara Tak Puas Hati Soal Pembahagian Harga Pusaka

Lelaki Di Perak Kerat Ibu 42 Gara-gara Tak Puas Hati Soal Pembahagian Harga Pusaka

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

kerat ibu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian menyayat hati telah dilaporkan berlaku di Parit Buntar, Perak apabila pihak polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun susulan penemuan 15 potongan daging menyerupai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid menjelaskan pihaknya menerima laporan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

Memetik laporan Harian Metro, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.

Suspek Diberkas

Sumber: Harian Metro

Oleh itu, pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Pihak polis turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

Suspek dan ibunya (mangsa) sudah tinggal di taman itu sejak 12 tahun lalu selepas kematian bapanya. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kepada mangsa terhadap pembahagian harta pusaka.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd