Now Reading
Lelaki Tembak Mati Pakar Bedah Gara-gara ‘Sakit’ Selepas Pembedahan

Lelaki Tembak Mati Pakar Bedah Gara-gara ‘Sakit’ Selepas Pembedahan

Mangsa yang terkorban merupakan pakar bedah ortopedik, Dr Preston Phillips, 59, yang merawat suspek sebelum itu, dan pakar perubatan sukan, Dr Stephanie Husen, 48.

tembak mati pakar bedah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian ngeri telah berlaku di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lelaki dilaporkan bertindak menembak mati empat mangsa di sebuah bangunan perubatan di sini, kelmarin (1 Jun 2022).

Menurut laporan CNA, kejadian berlaku apabila suspek pergi ke lokasi untuk membunuh seorang doktor yang ‘dipersalahkan’ di atas kesakitan yang dialaminya setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin menjelaskan bahawa suspek dikenali yang sebagai Michael Louis telah memasuki kampus Sistem Kesihatan St Francis bersama senjata separa automatik dan melepaskan tembakan sehingga meragut nyawa dua doktor, seorang penyambut tetamu dan seorang pesakit.

Mangsa yang terkorban merupakan pakar bedah ortopedik, Dr Preston Phillips, 59, yang merawat suspek sebelum itu, dan pakar perubatan sukan, Dr Stephanie Husen, 48.

tembak mati pakar bedah
Dr. Preston Phillips (kiri) & Dr Stephanie Husen (kanan).
(Sumber: CNN)

Suspek pergi ke lokasi dengan niat untuk membunuh Dr Phillips dan sesiapa sahaja yang menghalangnya.

Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin.

Suspek setelah itu turut menembak mati dirinya. Dia dilaporkan membeli sepucuk senapang pada hari kejadian sebelum melakukan serangan.


Suspek Mengadu Sakit

Pihak berkuasa dilaporkan menemui sepucuk surat pada suspek yang menyatakan sasaran serangannya berkenaan.

Suspek yang tinggal di Muskogee terletak kira-kira 80 kilometer dari Tulsa telah keluar daripada hospital pada 24 Mei lalu selepas menjalani pembedahan belakang badan.


Joe Biden Gesa Haramkan Senjata Serangan

Joe Biden.
(Sumber: Nature)

Sementara itu di Washington, Presiden Joe Biden menggesa Kongres untuk mengharamkan senjata serangan, memperluaskan pemeriksaan latar belakang dan melaksanakan langkah kawalan senjata api yang lain bagi menangani kejadian tembakan seumpama itu di Amerika Syarikat (AS).

Biden dalam ucapan di Rumah Putih, menegaskan ‘sudah cukup’ insiden sedemikian di AS yang turut digemparkan dengan tragedi serangan seperti ini.

Beliau turut mengusulkan penjualan senjata serangan diharamkan ataupun jika langkah itu tidak dapat dilaksanakan, menaikkan umur minimum daripada 18 kepada 21 tahun untuk kelayakan membeli senjata terbabit.


Untuk rekod, minggu lalu, seorang lelaki bersenjata membunuh 19 orang kanak-kanak dan dua guru di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas. Terdahulu pada bulan Mei, seorang penembak membunuh 10 orang di sebuah pasar raya di Buffalo, New York.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd