Now Reading
2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

Salah seorang mangsa dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah selepas dirempuh oleh lori berkenaan.

maut dirempuh lori ketika tukar tayar kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka terutamanya ketika di jalan raya. Boleh dikatakan puncanya sama ada kecuaian pemandu itu sendiri atau persekitaran yang tidak selamat.

Baru-baru ini, satu tragedi menyayat hati berlaku melibatkan dua orang lelaki termasuklah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang maut dirempuh oleh sebuah lori.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada jam empat petang itu berlaku ketika mereka sedang menukar tayar kereta yang pancit di tepi jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, siasatan mendapati tayar Proton Preve yang dinaiki oleh Penyelia KKM  berusia 55 tahun itu telah pancit dan pemandu Proton Wira berusia 40 tahun datang untuk membantu.

Sumber: Kosmo

Kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lori tersebut cuba mengelak sebuah kereta Mercedes yang datang dari arah belakang di sebelah kanan sebelum merempuh kedua-dua mangsa di sebelah kiri.

Sebuah lori dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai ingin mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan. Tetapi pemandu tersebut agak terkejut apabila melihat kelibat sebuah kereta Mercedes di sebelah kanannya (titik buta) dan menyebabkan pemandu lori cuba untuk mengelak lalu merempuh mangsa di sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk proses bedah siasat. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41 (`1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video ketika kejadian yang sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya pada waktu itu juga telah tular di laman Facebook sejak semalam.


Apa nak buat kalau tayar tiba-tiba pancit di jalan raya?

Kita tak tahu mungkin di jalan raya ada beberapa alat tajam kecil seperti paku yang boleh menyebabkan tayar kereta pancit. Sekiranya anda berada dalam situasi seperti ini, apa yang perlu dilakukan?

Yang paling penting sekali, jangan panik.

Langkah-langkah lain yang penting untuk menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya sekiranya tayar kereta anda pancit adalah seperti berikut:

  • Bertenang dan jangan tekan pedal minyak.
  • Jangan brek mengejut.
  • Betulkan stereng dengan betul.
  • Rendahkan gear dan gunakan brek enjin.
  • Nyalakan lampu amaran.
  • Letak kon sekiranya berhenti di lorong kecemasan.

Hati-hati di jalan raya dan semoga kita dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd