Now Reading
Lelaki Ini Tikam Rakan Hingga Mati Kerana Tak Henti Menyanyi Hampir Waktu Subuh

Lelaki Ini Tikam Rakan Hingga Mati Kerana Tak Henti Menyanyi Hampir Waktu Subuh

Perbuatan mangsa ditegur oleh suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu Subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya.

tikam rakan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian menyayat hati telah berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia apabila seorang lelaki dilaporkan telah menikam rakannya sehingga meninggal dunia gara-gara tidak berhenti menyanyi.

Menurut laporan Kompas, suspek yang hanya dikenali sebagai LS, berusia 33 tahun disyaki membunuh mangsa, Herlina Konstan Larangka, 39, kerana wanita itu didakwa enggan berhenti menyanyi.

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menjelaskan bahawa suspek bersama dua lagi rakan ketika itu sedang beristirehat di rumah sewanya di Kadia sebelum mereka dihubungi oleh mangsa.

Mangsa memberitahu dia mahu datang ke rumah tersebut untuk bersantai bersama. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, setibanya mangsa di rumah suspek, mangsa mula membuka aplikasi YouTube menerusi telefon bimbit dan menyanyi tanpa henti.

Perbuatan mangsa ditegur suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya.

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menerusi Kompas.

Suspek mengancam mangsa untuk menikamnya jika terus berdegil dan malangnya mangsa tidak mengendahkan amaran berkenaan, malah terus menyanyi dengan sekuat hatinya.

Suspek mulai berang dengan tindakan mangsa terus berlari ke dapur dan keluar dengan sebilah pisau lalu menikam mangsa pada bahagian pinggangnya.

tikam rakan
Suspek (di tengah tanpa baju)

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh dua lagi rakan mereka. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital akibat luka parah yang dialaminya.

Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi menerusi Kompas.

Pihak polis bagaimanapun telah berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd