Dua Remaja Hilang Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Cheras
Kedua-dua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada 23 dan 24 Mei lalu, pihak polis telah menerima laporan tentang kehilangan dua remaja, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.
Laporan polis dibuat selepas keluarga gagal menghubungi kedua-dua mangsa.
Seorang mangsa adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi bakal masuk ke sebuah maktab perguruan.
Misteri Kehilangan Kini Terjawab
Walau bagaimanapun, pada Ahad (29 Mei) lalu, misteri kehilangan kedua-dua individu ini telah terungkai apabila mayat dua remaja ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), jenis Totoya Alphard di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan residensi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua mayat remaja berusia 19 tahun ditemui selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 8.26 malam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, menjelaskan susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Bandar Salak Selatan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.
Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Siasatan awal mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan bukan penduduk di residensi terbabit.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.
Pihak Polis Gesa Orang Ramai Tampil Jika Mempunyai Maklumat Tentang Kes
Pihak polis berkata kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut diteruskan.
Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan pada masa ini laporan penuh bedah siasat belum konklusif.
Muhammad Idzam berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan terus kepada:
- Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz (019-9198729)
- Hotline Polis Cheras (03-9284 5050/ 5051)
Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.