Now Reading
Rafizi Ramli Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

Rafizi Ramli Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

Kutipan undian sebanyak 66,359 di kebanyakan negeri menyaksikan Rafizi Ramli secara tidak rasmi memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

rafizi ramli timbalan presiden pkr

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Rafizi Ramli telah mengumumkan bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR melalui pemilihan parti selepas dua tahun berehat dalam dunia politik.

Pengumuman itu membuatkan ramai penyokong berbesar hati menerima semula Rafizi untuk kembali membantu masyarakat dalam apa jua cara.

BACA JUGA: Rafizi Ramli Bakal Buat ‘Comeback’ Dalam Dunia Politik Lepas 2 Tahun Berehat

Rafizi menang secara tidak rasmi

Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Timbalan Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli memenangi kembali jawatan yang pernah disandang olehnya pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Sumber: Malay Mail

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan telah memperolehi kutipan undian tertinggi sebanyak 66,359 di kebanyakan negeri. Berdasarkan keputusan yang dimuat naik di laman web rasmi Pemilihan PKR, Rafizi sudah menguasai beberapa negeri seperti berikut:

  • Selangor
  • Johor
  • Kelantan
  • Melaka
  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Perak
  • Pahang
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
  • Pulau Pinang

Rafizi dilihat gagal mengalahkan pesaingnya iaitu Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Perlis dan Sabah.

Sehingga kini, hanya Sarawak sahaja yang belum mengumumkan keputusan undian mereka, tetapi undian di negeri ini dijangka tidak akan mempengaruhi undian yang diperoleh Rafizi.

Ramai sudah mula ucap tahniah kepada Rafizi Ramli

Malah, Saifudin juga dilihat seolah-olah mengangkat bendera putih selepas memuat naik hantaran di laman Facebook (Saifudin Nasution Ismail) dengan mengucapkan tahniah kepada Rafizi Ramli dan ahli-ahli PKR yang lain.

Dalam pada masa sama, warganet juga sudah mula mengucapkan tahniah kepada Rafizi Ramli atas kemenangannya secara tidak rasmi.

Mana-mana pihak yang menang, biarlah mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk menolong masyarakat dalam pelbagai cara bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni kepada semua.

Kepada calon-calon yang telah memenangi jawatan yang bakal disandang, selamat bertugas dengan jayanya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd