Now Reading
Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar Dengan Bakteria Salmonella – KKM

Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar Dengan Bakteria Salmonella – KKM

International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) mengeluarkan notifikasi tentang pencemaran bakteria Salmonella dalam produk mentega kacang jenama Jif.

mentega kacang jenama Jif

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mentega kacang menjadi kegemaran sesetengah individu untuk dimakan bersama roti ketika sarapan pagi atau makan petang.

Namun, salah satu produk mentega kacang yang dijual di Malaysia iaitu jenama Jif diarah untuk menghentikan penjualannya di negara ini selepas dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan arahan itu dibuat selepas KKM menerima notifikasi dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN) tentang pencemaran bakteria tersebut.

Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik produk mentega kacang jenama Jif dengan nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 kerana tercemar dengan bakteria Salmonella.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Sumber: Everyday Health

Semakan melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan bahawa produk itu juga diimport ke Malaysia selain ke negara-negara lain seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

Dalam pada masa yang sama, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan juga diarah untuk memantau semua pintu masuk negara bagi memastikan produk mentega kacang jenama Jif itu tidak memasuki Malaysia.

BACA JUGA: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd