Now Reading
MQA Perjelas Status Ijazah Kehormat Diterima Oleh PM Dari Universiti Nihon

MQA Perjelas Status Ijazah Kehormat Diterima Oleh PM Dari Universiti Nihon

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menegaskan bahawa status Ijazah Kehormat Doktor Perubatan yang diterima oleh Perdana Menteri dari Universiti Nihon tidak perlu dipertikai.

ijazah kehormat kedoktoran dari Universiti Nihon

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada universiti terkemuka di Jepun apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon pada 24 Mei (Selasa).

Anugerah yang diterima itu dianggap sebagai penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang telah bersama-sama menghadapi pandemik ini.

BACA JUGA: PM Terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Di Jepun Atas Sumbangan Perangi Covid-19

Status ijazah yang diterima dipertikai oleh rakyat

Namun, anugerah yang diterima oleh Ismail Sabri ini mula dipertikaikan oleh orang ramai selepas nama Universiti Nihon di Jepun itu tidak tersenarai di dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

MQA beri penjelasan sebenar

Selepas status ijazah kehormat yang diterima oleh Perdana Menteri menjadi perbalahan rakyat di media sosial, MQA tampil memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka (OFFICIAL: Agensi Kelayakan Malaysia MQA).

Menerusi hantaran tersebut, MQA menegaskan bahawa status Ijazah Kehormat Doktor Perubatan yang diterima oleh Perdana Menteri dari Universiti Nihon tidak perlu dipertikai kerana institusi berkenaan merupakan universiti terkemuka di Jepun.

Ijazah kehormat yang diberikan itu merupakan penganugerahan berprestij kepada seseorang tokoh terpilih atas sumbangan besar mereka dalam sesuatu bidang.

Semak kelayakan universiti luar negara dengan eSisraf

Untuk pengetahuan anda, status pengiktirafan di Malaysia berasaskan akreditasi MQA boleh disemak di Data Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Register, MQR) mulai tahun 2017 manakala bagi kelayakan dalam serta luar negara sehingga tahun 2016 boleh disemak di eSisraf.

Dalam pada itu, MQA juga melaksanakan proses pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara berasaskan status pengiktirafan di negara asal bagi kelayakan yang tidak tersenarai dalam eSisraf dan MQR.

Proses in melibatkan semakan dan pengesahan status pengiktirafan dan jaminan kualiti oleh pihak berautoriti ke atas program dan institusi.

Mekanisme ini dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu tajaan kerajaan dan pembiayaan persendirian.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd