Penerbangan Pertama Haji Rakyat Malaysia Dijangka 4 Jun Ini
Anjakan tarikh penerbangan pertama haji Malaysia dari 31 Mei kepada 4 Jun adalah kerana pengurangan separuh jumlah jemaah pada tahun ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap umat Islam pasti mempunyai impian untuk melakukan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji yang dilaksanankan di tanah suci Mekah dari 9 hingga 13 Zulhijah.
Haji dari segi bahasa ialah menuju ke sesuatu tempat, manakala dari segi istilah pula bermaksud mengunjungi Baitullah (Ka’bah) pada waktu tertentu di bulan Zulhijah serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji.

Jadual penerbangan haji pertama dijadualkan semula
Sebelum ini, penerbangan jemaah haji Malaysia dijadualkan pada 31 Mei. Namun disebabkan pengurangan jumlah jemaah berbanding kebiasaannya, penerbangan pertama dijadualkan semula pada 4 Jun 2022.
Menurut laporan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad memaklumkan bahawa anjakan tarikh tersebut juga merupakan hasil daripada rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan.
Terdahulu, jumlah jemaah haji adalah sekitar 30,000 orang. Tetapi pada tahun 2022, hanya seramai 14,000 orang sahaja.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

Beliau juga berkata bahawa tahun-tahun sebelum ini memerlukan 80 penerbangan jemaah haji tetapi kini berkurangan menjadi separuh sahaja.
Saya sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan bertanya tentang penerbangan haji. Beliau menjawab kemungkinan akan dianjak kepada 4 Jun kerana dahulu perlu menyediakan 80 buah penerbangan. Sekarang hanya separuh sahaja.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan Malaysia juga masih menunggu keputusan daripada Arab Saudi berhubung rayuan untuk menambahkan kuota jemaah haji sebanyak 5,000 orang bagi musim haji tahun ini.
BACA JUGA: Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.