Lelaki Di Kedah Ditembak Depan Restoran Lepas Makan Tengahari
Ketua Polis Kedah menjelaskan bahawa siasatan mendapati mangsa adalah individu dikehendaki polis kerana disyaki melakukan jenayah terancang dan aktiviti berkaitan dadah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Satu kejadian ngeri telah berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah hari ini (25 Mei), kira-kira jam 12:38 tengah hari tadi.
Mangsa dilaporkan ditembak oleh empat orang lelaki yang menaiki motosikal dan telah maut di lokasi kejadian dengan kecederaan di badan dan muka disebabkan tembakan jarak dekat.
Suspek dipercayai menembak mangsa berhampiran kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik mangsa dan menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian.
Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian. Kita juga masih menjalankan siasatan sama ada kejadian ini mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap atau sebaliknya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber Harian Metro.
Sepasukan anggota unit forensik polis masih melakukan siasatan di lokasi. Pihak mereka yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian telah menemui lapan kelongsong peluru.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad menjelaskan bahawa siasatan mendapati mangsa adalah individu dikehendaki polis kerana disyaki melakukan jenayah terancang dan aktiviti berkaitan dadah.
Ia adalah termasuk melibatkan satu kes belum selesai mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma.)
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



