Now Reading
2 Juruterbang Digantung Tugas Lepas Pesawat Thai AirAsia Mendarat Di Landasan Salah

2 Juruterbang Digantung Tugas Lepas Pesawat Thai AirAsia Mendarat Di Landasan Salah

Pesawat Airbus A320-200 milik syarikat penerbangan Thai AirAsia yang berlepas dari Ranong pada 4 Mei sepatunya mendarat di Landasan 21R.

Thailand Air Asia salah mendarat di landasan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ini pernah menjadi perbualan orang ramai selepas terpalit isu tentang penerbangan penumpang yang dijadualkan lewat tiba daripada masa ditetapkan.

BACA JUGA: AirAsia Tampil Mohon Maaf Isu Penerbangan ‘Re-timed’

AirAsia juga pernah hangat dengan isu pembayaran balik tiket yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Pesawat AirAsia Thailand salah mendarat di landasan

Terbaharu, sebuah pesawat Airbus A320-200 milik syarikat penerbangan Thai AirAsia yang berlepas dari Ranong pada 4 Mei pada jam 12.43 tengah hari waktu tempatan dipercayai telah mendarat di landsan yang salah.

Menurut laporan, pesawat berkenaan yang sepatutnya mendarat di Landasan 21R telah mendarat di landasan 21L Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 1.36 tengah hari waktu tempatan.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.

Sumber: The Thaiger

Juruterbang digantung tugas

Berikutan kes itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan yang tidak sepatutnya.

Satu jawatankuasa penyiasatan di bawah Kementerian Pengangkutan bakal menyelesaikan terhadap isu berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Kedua-dua juruterbang juga dilaporkan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan selesai dijalankan.

Sumber: TTR Weekly

Aeronautical Radio of Thailand (Aerothai), syarikat penerbangan dan agensi berkaitan turut diarah untuk menyerahkan laporan pengurusan keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Team TRP juga telah menghubungi AirAsia Thai dan sedang menunggu maklum balas terkini bagi meminta maklumat lanjut berhubung kejadian yang berlaku di Thailand.

Berita lanjut menyusul.

BACA JUGA: [Terkini] AirAsia Tampil Perjelas Isu Penerbangan KL-Tawau Terpaksa Mendarat Di Kuching Akibat Seekor Ular


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd