Now Reading
MDEC Nafi Tawar Pekerjaan Melalui SMS. Ini Hanyalah Taktik Scammer Sahaja!

MDEC Nafi Tawar Pekerjaan Melalui SMS. Ini Hanyalah Taktik Scammer Sahaja!

Beberapa pihak didakwa telah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan mereka pekerjaan sebagai pakar digital mudah alih di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini macam-macam taktik yang digunakan oleh scammer untuk menipu mangsa. Antara jenis scam yang pernah berlaku di Malaysia adalah seperti Macau Scam, LHDN, Love Scam dan sebagainya.

Scammer ini mahir ‘berlakon’ sehingga membuatkan ada mangsa yang terjatuh ke dalam perangkap mereka dan boleh menyebabkan duit dalam akaun bank hilang sekelip mata.

Walaupun sudah pelbagai cara dilakukan untuk membanteras jenayah scam di seluruh dunia, tetapi golongan ini masih tidak berputus asa untuk menipu orang ramai. 

BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Godam Telegram Ahli Keluarga Untuk Tipu Mangsa

MDEC tidak tawar pekerjaaan menerusi SMS

Selepas satu penipuan terbongkar, kemudian muncul lagi taktik baharu yang dilakukan oleh scammer selepas mereka dikatakan berpura-pura sebagai pihak yang ingin menawarkan pekerjaan.

Baru-baru ini, beberapa pihak didakwa telah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan pekerjaan kepada mereka sebagai pakar digital mudah alih di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sumber: The Malaysian Reserve

Berikutan itu, MDEC menegaskan bahawa pihak mereka tidak menawarkan sebarang kerja kosong menerusi SMS seperti mana yang diterima oleh sesetengah masyarakat.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi (Malaysia Digital Economy Corporation), MDEC juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati selepas menerima SMS berkenaan.

Sekiranya anda ingin memastikan sama ada maklumat yang diterima sahih atau tidak, boleh melayari laman web MDEC dan laman sosial rasmi atau menghubungi Perkhidmatan Pelanggan MDEC (CliC) melalui clic@mdec.com.my.


Buat semakan sebelum menjadi mangsa

Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya okey? Semak dahulu dengan pihak yang terlibat sekiranya anda mempunyai nombor telefon mereka untuk dihubungi.

Dalam masa yang sama, anda boleh menyemak di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dengan menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank yang diterima oleh scammer.

BACA JUGA: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

Sumber: CNA

Tips elak kena tipu dengan scammer

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya pautan pendek bit.ly.
  • Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
  • Jangan kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
  • Muat naik aplikasi true caller untuk mengesan nombor scammer.

Pastikan anda sentiasa berwaspada sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan maklumat peribadi dan juga kewangan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd