KJ Dipilih Sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke-75
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin dilantik sebagai salah seorang daripada lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di Geneva, Switzerland pada Ahad (22 Mei).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terbaharu, Malaysia menerima perkhabaran yang membanggakan selepas salah seorang menteri negara ini diberikan jawatan di peringkat antarabangsa bersama pemimpin-pemimpin lain.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin Abu Bakar telah dilantik secara rasmi sebagai salah seorang daripada lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di Geneva, Switzerland pada Ahad (22 Mei).
Pemilihan tersebut telah dibuat ketika sidang tertutup Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Ke-72 yang berlangsung pada 25 hingga 29 Oktober 2021 di Himeji, Jepun.
Pengumuman ini turut dikongsikan oleh beliau sendiri melalui tweet yang dimuat naik di laman Twitter rasmi miliknya (Khairykj).
Bersama @DGHisham mewakili Malaysia di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA). Insya’Allah Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden secara rasmi hari ini. pic.twitter.com/MqZvPHsjgd
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 22, 2022
Sementara itu, Penasihat kepada Menteri Kesihatan iaitu Dimishtra Sittampalam juga mengesahkan pelantikan tersebut selepas berkongsi video pengumuman berkenaan di laman Twitter (Dimishtra).
Khairy akan mewakili 37 buah negara dari wilayah Pasifik Barat dan juga satu per empat daripada populasi dunia.
Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam.
:@Khairykj confirmed as a World Health Assembly Vice President.
— Dimishtra (@dimishtra) May 22, 2022
He will represent the Western Pacific Region. This region consists of 37 countries and represents more than one-quarter of the world’s population. pic.twitter.com/WyUqfoDQc3
Antara pemimpin lain yang menggalas tanggungjawab yang sama adalah daripada negara Indonesia, Amerika Syarikat, Togo dan Bulgaria.
Bulgaria🇧🇬
— World Health Organization (WHO) (@WHO) May 22, 2022
Indonesia🇮🇩
Malaysia🇲🇾
Togo🇹🇬
United States🇺🇸
have been elected as Vice-Presidents of the 75th World Health Assembly #WHA75 pic.twitter.com/5OHomachOm
Sebelum ini, Malaysia pernah menyandang jawatan tersebut pada tahun 2016 yang diwakili oleh bekas Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta pada tahun 2004 dengan diwakili oleh Tan Sri Dr Chua Soi Lek.
WHA ke-75 ini yang bermula semalam dan akan berakhir pada Sabtu ini (28 Mei) dengan tema Kesihatan Untuk Keamanan, Keamanan Untuk Kesihatan merupakan persidangan bersemuka pertama diadakan sejak berlakunya pandemik Covid-19.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.