Now Reading
SELGATE Healthcare Lancar Pusat Penjagaan Kesihatan Bersepadu Di Shah Alam

SELGATE Healthcare Lancar Pusat Penjagaan Kesihatan Bersepadu Di Shah Alam

SELGATE Healthcare Centre menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan di satu lokasi yang sama di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam.

SELGATE Healthcare Centre

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terkemuka Selangor, SELGATE Corporation Sdn Bhd melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, SELGATE Healthcare Sdn Bhd telah melancarkan SELGATE Healthcare Centre di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam pada hari ini (19 Mei 2022).

Komuniti Shah Alam dan kawasan kejiranan kini bole mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta penjagaan perubatan yang berkualiti di satu lokasi sama merangkumi klinik awam, klinik pergigian, Farmasi Jovian Selcare dan makmal diagnostik.

Lebih daripada sekadar pusat penjagaan kesihatan tradisional, pusat sehenti ini menyediakan pengalaman yang menggabungkan teknologi dan peralatan terkini serta pasukan penjagaan primer bersepadu terdiri pelbagai kepakaran.

SELGATE Healthcare dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Haji Amirudin bin Shari, juga dihadiri oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud serta Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam Profesor Datuk Dr
Mohammad Redzuan Othman.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noor Hisham Mod Ghouth menyatakan bahawa pusat penjagaan kesihatan bersepadu ini merupakan sebuah pencapaian yang bermakna kepada syarikat kerana sejajar dengan
aspirasi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan peribadi yang berkualiti dan mampu milik buat semua.

Harapan SELGATE adalah untuk menjadi salah sebuah pengendali penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia. Kami juga akan sentiasa berusaha untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti, mampu milik dan berupaya dalam mengisi jurang perkhidmatan kesihatan di kawasan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noor Hisham Mod Ghouth.
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Keputusan untuk membina SELGATE Healthcare Centre juga selaras dengan kesungguhan kerajaan negeri Selangor untuk menambah baik dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan di kawasan bandar khususnya di ibu negeri, Shah Alam.

Dengan pembangunan pusat bersepadu ini, SELGATE boleh membantu mempromosikan Selangor sebagai salah sebuah destinasi pelancongan kesihatan yang ideal serta meningkatkan ekonomi negeri.

Walaupun kita berada dalam keadaan tidak menentu, namun akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti tidak harus menjadi kompromi. Kami mahu menyediakan orang ramai akses kepada perundingan, perkhidmatan penjagaan kesihatan serta tenaga kepakaran mengikut pilihan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noor Hisham Mod Ghouth.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd