Now Reading
Perdana Menteri Umum Bantuan RM200 Kepada Pesawah Untuk Tempoh 6 Bulan

Perdana Menteri Umum Bantuan RM200 Kepada Pesawah Untuk Tempoh 6 Bulan

Pesawah akan menerima bantuan RM200 untuk tempoh tiga bulan bagi dua musim sementara menunggu hasil tuaian.

bantuan pesawah RM200

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan golongan pesawah bakal menerima bantuan RM200 selama enam bulan sementara menunggu hasil tuaian mereka.

Perkara itu telah dibincangkan bersama Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka bakal dibentangkan pada Oktober tahun ini.

Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM200 kepada para pesawah dalam tempoh tiga bulan bagi dua musim sementara mereka menunggu hasil tuaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, penoreh getah juga mendapat bantuan RM300 pada musim tengkujuh kerana tiada pendapatan selama tiga bulan iaitu pada November, Disember dan Januari.

Menurut beliau lagi, kerajaan akan berusaha untuk bersikap adil kepada para penoreh, nelayan dan pesawah sebagai penghargaan kepada jasa golongan dalam memastikan bekalan makanan seperti ikan, beras, dan sayur-sayuran dapat diperolehi dengan baik.

BACA JUGA: India Sekat Eksport Gandum. Apa Kesannya Kepada Malaysia & Seluruh Dunia?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd