Now Reading
PRU15 Tak Sesuai Diadakan Susulan Peningkatan Kes Covid – Tun Mahathir

PRU15 Tak Sesuai Diadakan Susulan Peningkatan Kes Covid – Tun Mahathir

Ahli Parlimen Langkawi itu meluahkan rasa bimbang terhadap jumlah kes Covid-19 akan meningkat semula di negara ini sekiranya pilihan raya tersebut diadakan kerana kes baharu masih mencecah 3,000 kes sehari.

PRU15

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Susulan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula sekitar dua minggu lalu ternyata menyumbang kepada peningkatan kes penularan Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam menunjukkan peningkatan sebanyak 100% pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan melibatkan hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam turut meningkat sebanyak 38% bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan.

Menurutnya lagi, jumlah pesakit kategori satu hingga lima meningkat sebanyak 100% iaitu daripada satu per 100,000 penduduk kepada dua per 100,000 penduduk.

Malah, kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan.

Perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 18/2022 dan ME 19/2022 menunjukkan bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 87.4%.

Untuk rekod, KKM sebelum ini menjangkakan peningkatan kes terutamanya bagi kategori satu dan dua iaitu tiada gejala dan gejala ringan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Tun M berpendapat PRU15 tak sesuai diadakan

Sumber: Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (16 Mei) berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Langkawi itu meluahkan rasa bimbang terhadap jumlah kes Covid-19 akan meningkat semula di negara ini sekiranya pilihan raya tersebut diadakan kerana kes baharu masih mencecah 3,000 kes sehari.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd