India Sekat Eksport Gandum. Apa Kesannya Kepada Malaysia & Seluruh Dunia?
Tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran dunia ini telah berkuat kuasa serta-merta ketika berlakunya gelombang haba.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terbaharu, India telah menyekat eksport gandum ke pasaran dunia termasuklah Malaysia sehingga mengakibatkan harga barangan berdasarkan bahan mentah berkenaan dijangka meningkat. Keadaan ini juga bakal menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi dunia.
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff memaklumkan langkah tersebut yang dikatakan bagi melindungi kepentingan pasaran domestik India telah memberi tekanan ke atas rantaian bekalan gandum global.
Situasi ini dijangka akan berlarutan dalam tempoh beberapa bulan selepas ini kerana untuk mengembalikan bekalan gandum dengan segera bergantung kepada faktor cuaca dan permintaan peringkat domestik serta global.
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Tindakan India itu telah berkuat kuasa serta-merta ketika gelombang haba kerana cuaca panas terik yang berlaku sehingga mengganggu hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Harga gandum di India juga dilaporkan telah meningkat kepada rekod tertinggi sehingga mencecah 25,000 rupee (RM1,418) satu tan berbanding harga minimum ditetapkan kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).
Indonesia sebelum ini juga mengambil langkah menyekat eksport minyak sawit bagi menghalang kenaikan harga komoditi itu di samping untuk menjaga kepentingan pasaran domestiknya.
Bagaimana sekatan ini boleh berlaku?
Berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna Twitter (Shaqib Shahril), sekatan ini merupakan langkah yang telah diambil oleh India selepas beberapa perkara besar dunia berlaku.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Perang Rusia-Ukraine
Selepas perang daripada dua buah negara iaitu Rusia dan Ukraine berlaku pada awal Februari lalu, bekalan gandum ke seluruh dunia telah tersekat dan India melihat peluang ini untuk melebarkan sayapnya.
Sebagai negara pengeluar gandum, India telah menyediakan bekalan gandum kepada beberapa buah negara seperti Indonesia dan Filipina.
1. Apabila Rusia-Ukraine berlaku, rantaian bekalan gandum dunia merencat (market disrupt). Maka, India membuat langkah kanan.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Mereka mengisi jurang & melebarkan sayap ke Nigeria, Turkey, Mesir, Vietnam, Tanzania, Morocco, Tunisia, Indonesia & Filipina. https://t.co/axrOjGZ2p2
Sebelum ini, negara yang menjadi ‘pelanggan tetap’ mengeksport gandum dari India adalah seperti Bangladesh, Oman dan Sri Lanka.
Namun selepas India mula mengambil alih pasaran kesan daripada perang Rusia-Ukraine, pengeluaran gandum meningkat daripada 10 juta kepada 15 juta tan.
2. Sebelum ini pasaran tradisional eksport gandum mereka adalah: Bangladesh, Oman, Qatar, Sri Lanka & beberapa Timur Tengah.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Maka unjuran pengeluaran India berubah daripada menyasarkan pengeluaran sekitar 10 juta tan gandum bagi 2022 kepada sekitar 12-15 juta tan buat 2023.
2. Gelombang haba
Pengeluaran tersebut dilihat terjejas selepas India dilanda gelombang haba dengan peningkatan suhu sebanyak 4.5 darjah Celcius. Cuaca panas yang berlaku ini telah mengakibatkan eksport gandum di India mula jatuh.
3. Namun, segalanya berubah, gelombang haba tiba di India dan menyebabkan eksport gandum jatuh.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Dapatan @Indiametdept bagi suhu India sekitar 4.5 °C melebihi purata. @EU_Commission juga mengeluarkan dapatan daripada ERCC bertarikh 10 Mei 2022.
Result: extreme heatwave pic.twitter.com/hQgy37t4vY
Kesan haba yang meningkat secara tiba-tiba ini turut menyebabkan beberapa perkara seperti berikut:
4. Selain daripada gandum, kesan haba ekstrem menyebabkan;
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
⁃ menjejaskan hasil penanaman lain (eg; pic, epal)
⁃ 300++ ekor burung mati
⁃ tasik glasier di Pakistan cair, menyebabkan Jambatan Hassanabad runtuh
⁃ 90 orang mati
⁃ penutupan sekolah
⁃ kekurangan bekalan elektrik pic.twitter.com/N6RrA2AimU
Bukan itu sahaja, gelombang haba yang berlaku di India juga menjadi punca kepada berlakunya inflasi, keperluan tenaga serta kenaikan harga barangan.
5. Apabila keadaan terik ini berterusan daripada Mac hingga ke hari ini, ia menyebabkan berlakunya;
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
⁃ inflasi runcit berlaku (penanaman, sumber makanan)
⁃ peningkatan penggunaan batu arang (keperluan tenaga)
– kenaikan harga makanan dan tenaga
3. Kekurangan bekalan elektrik
Gelombang haba juga menyebabkan masyarakat India kekurangan bekalan elektrik. Berikutan itu, mereka mengambil inisiatif untuk menggunakan arang batu bagi membekalkan tenaga dalam kehidupan seharian.
6.Keperluan untuk penyejukan adalah tinggi.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Maka arang batu telah menjadi saviour untuk membekalkan tenaga yang murah dan meluas, walaupun diakui ia adalah tenaga kotor.
Selain itu, salah satu GLC mereka, @CoalIndiaHQ meningkatkan pengeluarannya sebanyak 27%. pic.twitter.com/ZBIMVO4daZ
Kerajaan India terpaksa membatalkan ratusan penumpang kereta api bagi mengutamakan pengangkutan arang baru ke loji janakuasa bagi mengelakkan mereka daripada terputus bekalan elektrik.
7.@RailMinIndia terpaksa membatalkan beratus penumpang sebagai langkah kecemasan untuk mengutamakan mengangkut arang batu ke loji janakuasa untuk mengelakkan pemadaman proses tenaga.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Import arang batu ke pengeluar: sekitar 19 juta tan sehingga Jun.https://t.co/oiepQhLK2m
4. India sedang mengalami inflasi
Dalam pada masa yang sama, India juga sedang mengalami masalah inflasi. Antara solusi yang dilihat berkesan bagi membendung perkara ini adalah dengan menyekat eksport produk ke luar India bagi memfokuskan kepada pengawalan harga serta jumlah stok dalam negara.
8. Pada masa yang sama, India juga mengalami inflasi.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Pada pandangan ahli ekonomi, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif bagi mengekang harga tersebut.
Namun, salah satu tindakan yang dibuat adalah dengan menjalankan dasar larangan eksport buat seketika.
9. Langkah kawalan larangan eksport oleh India dapat memfokuskan kepada;
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
⁃ pengawalan harga gandum dalam negara
⁃ pengawalan jumlah stok
⁃ mengatasi masalah sekuriti makanan
Plan berjaya. Daripada meningkat kepada 60% ($335.5 mt), sekarang sudah jatuh kepada 16% ($285 mt). pic.twitter.com/03dlGhqqDJ
Kesan larangan eksport gandum India kepada seluruh dunia
Sekatan tersebut pastinya memberi kesan besar kepada seluruh penduduk dunia dan turut dirasai oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Antara kesannya adalah seperti:
1. Menjejaskan perolehan negara
Pada awal Mei lalu, perjanjian eksport gandum telah ditandatangani untuk mendapatkan sekitar 1.5 juta tan pembelian gandum oleh negara Asia. Namun, tindakan serta-merta dari India ini telah menjejaskan perolehan kerajaan sehingga 50%.

2. Harga gandum naik mendadak
Disebabkan kekurangan pengeluaran untuk mencapai permintaan yang tinggi daripada pengguna, harga jualan akan meningkat kerana tiada lagi stok eksport yang diterima dari negara luar.
11. Kesan buat dunia:
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
Harga gandum dunia akan naik.
Oleh kerana pengurangan pengeluaran (supply) untuk mencapai permintaan (demand) yang semakin meningkat,
mengakibatkan harga jualan meningkat (price inflation), susulan larangan eksport.
Supply 📉 & Demand 🔺: Price 📈 pic.twitter.com/Ba7MrJy2D4
3. Memburukkan lagi krisis makanan di Eropah
Sebelum ini, masyarakat Eropah bergantung kepada eksport daripada negara Ukraine. Tetapi bekalan tersebut tersekat selepas berlaku peperangan melibatkan Rusia dan Ukraine.
Tindakan India ini pula dilihat sebagai satu langkah yang memburukkan lagi krisis makanan yang sedang berlaku di Eropah.
12.Dalam Mesyuarat @G7 semalam, mereka mengencam tindakan @PMOIndia,
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
dan melihat sekatan ini akan memburukkan lagi krisis ini terutama sekali di Eropah yang sebelum ini mengharapkan eksport dari Ukraine (sebelum Krisis Ukraine-Rusia berlaku).https://t.co/oQFBwHJRvV
3. Stok tepung gandum di Malaysia semakin kekurangan
Berikutan stok bekalan gandum semakin terhad, Malaysia yang merupakan salah satu pengimport utama sekitar RM36.5 juta akan melihat kenaikan harga makanan berasaskan bahan mentah ini.
Dalam pada masa yang sama, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa bekalan tepung gandum di Malaysia dijangka bertahan sehingga Julai ini sahaja.
Keadaan ini telah merisaukan ramai peruncit dan peniaga sehingga menyebabkan harga sepekat tepung gandum meningkat kepada RM3.50 daripada RM2.80.
13.Malaysia juga tidak terlari daripada kesannya dimana India merupakan antara pengimport utama gandum sekitar RM36.5 juta.
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
So, berkemungkinan penjual roti canai, pan mee & bahulu akan menaikkan harganya tetapi masih bergantung kepada kenyataan @kpdnhephttps://t.co/sZmdGAZAji
4. Peningkatan paras laut dunia
Gelombang haba yang berlaku di India akan mengakibatkan pencairan glasier. Tidak mustahil juga paras laut dunia boleh meningkat serta menenggelamkan beberapa kawasan rendah di negara lain.
14. Dalam Laporan @IPCC_CH 6th Assessment Report dibawah Working Group ke-2 iaitu; impak, adaptasi dan kelemahan,
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
menunjukkan bahawa India, Pakistan dan negara Asia Tengah mengalami gelombang haba (heatwave) yang amat.
Glacier juga cepat cair disana. Saintis kata bukan aku tau. pic.twitter.com/ajdi4SP0Nc
Kesimpulan
Berdasarkan situasi sekatan gandum yang berlaku melibatkan India dan seluruh dunia, terdapat beberapa kesimpulan yang perlu diambil perhatian seperti sekuriti makanan dan perubahan iklim.
15. Di sini kita boleh simpulkan bahawa;
— Shaqib Shahril (@shaqibshahril) May 15, 2022
– #SekuritiMakanan di tahap 4 amnya (merbahaya)
– Ancaman keselamatan bukan diluar tetapi dengan cuaca iklim
– Kita menghampiri jalan buntu dalam #GlasgowTransitionPlan
– Krisis Iklim telah mengancam rantaian bekalan dunia & kewangan pic.twitter.com/IBBTxMsv6f
Namun segala keputusan akan dibincangkan semula menerusi Mesyuarat Tahunan G7 di Bavaria pada bulan Jun ini serta di Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada 22 Mei 2022.
Melihat kepada situasi genting yang sedang berlaku ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berhemah dalam berbelanja dan memberikan sokongan kepada produk tempatan. Jika mempunyai tanah lapang di rumah, mulalah bercucuk tanam untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan tersendiri.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.