Now Reading
Ibu Bapa Serah Diri Ke Balai Polis Lepas Biarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ke Sekolah

Ibu Bapa Serah Diri Ke Balai Polis Lepas Biarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ke Sekolah

Kanak-kanak lelaki 10 tahun itu dipercayai memandu kereta Perodua Kancil ke sekolah selepas ibunya lambat bersiap untuk menghantar mereka.

kanak-kanak 10 tahun bawa kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, pasangan suami isteri dilaporkan menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian selepas video anak mereka berusia 10 tahun memandu kereta ke sekolah tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib, Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tersebut pada 10 Mei yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

Berdasarkan video berkenaan, kanak-kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilihat memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah dan kenderaan itu juga sedang dinaiki oleh dua orang individu yang lain di bahagian penumpang.

NOTA KAKI: Video asal sudah dipadam oleh pemiliknya.

Melalui siasatan yang dijalankan, kejadian tersebut berlaku pada jam tujuh pagi pada Selasa (10 Mei) di Pekan Nenas, Pontian, Johor ketika ibu mereka agak lambat bersiap untuk menghantar mereka ke sekolah.

Hasil siasatan mendapati kereta itu dipandu oleh anak lelakinya berusia 10 tahun bersama dua orang adik, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib.

Laporan media memaklumkan ibu bapa dan tiga orang anaknya telah tampil menyerah diri kepada pihak polis pada jam 10 pagi semalam (12 Mei).

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak (AKK) 2001 kerana ibu bapa membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur.

Pemilik kenderaan itu juga boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd