Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi temasya dwi tahunan edisi ke-34 yang bakal diadakan pada tahun 2027. Pengumuman itu dimuat naik di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini.
Ini kali ketujuh Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah dengan kali terakhir pada tahun 2017.
Persetujuan itu dibuat ketika mesyuarat yang berlangsung di Hanoi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad.
Dalam mesyuarat yang sama, Singapura juga telah dipilih sebagai tuan rumah buat kali kelima bagi Sukan SEA edisi ke-35 yang dijangka berlangsung pada tahun 2029.
Pada asalnya, Laos dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2027 tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.
Indonesia juga dilihat berminat untuk menjadi tuan rumah untuk edisi ke 34 dan 35 tetapi terpaksa akur dengan peraturan turutan abjad. Negara mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2031 jika ingin menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.