Now Reading
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Kini Kembali Dalam Apple App Store

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Kini Kembali Dalam Apple App Store

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet dimasukkan semula ke dalam Apple App Store sejak 11 Mei dengan dinaik taraf kepada Versi 1.7.7.3.

Touch 'n Go eWallet

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, aplikasi Touch ‘n Go eWallet telah dipadam dari Apple App Store dan menyebabkan pengguna baharu tidak boleh memuat naik aplikasi berkenaan di dalam iPhone mereka. Namun aplikasi tersebut dikatakan masih boleh dimuat naik oleh pengguna Android menerusi  Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Perubahan ini tidak mengganggu pengguna sedia ada dan duit anda di dalam aplikasi tersebut juga tidak akan hilang.

BACA JUGA: Touch ‘n Go eWallet ‘Hilang’ Dari Apple App Store

Touch ‘n Go eWallet kini boleh dimuat naik semula

Baru-baru ini, aplikasi Touch ‘n Go eWallet dilaporkan telah kembali semula di dalam Apple App Store selepas beberapa hari ‘menghilang’. Sehingga kini, pihak mereka tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Namun ada yang membuat andaian bahawa aplikasi berkenaan dibuang dari Apple App Store kerana wujudnya kad Touch ‘n Go baharu dengan teknologi NFC atau pinjaman peribadi GoPinjam yang berkolaborasi dengan CIMB Bank.

Sumber: Paul Tan’s Automotive News

Secara teknikalnya, sesebuah aplikasi itu boleh dipadam dari Apple App Store sekiranya didapati melanggar terma dan garis panduan.

Kembalinya aplikasi tersebut di dalam Apple App Store adalah dengan versi yang telah dinaik taraf kepada Versi 1.7.7.3 daripada Versi 1.7.7.2 yang kali terakhir dikemas kini pada tiga minggu lalu.

Apa itu Touch ‘n Go eWallet?

Sumber: Soya Cincau

Touch ‘n Go eWallet merupakan salah satu ‘dompet elektronik’ yang membolehkan rakyat Malaysia menggunakannya bagi menguruskan pelbagai jenis pembayaran sama ada secara online atau offline.

Dengan adanya aplikasi Touch ‘n Go eWallet, anda juga boleh membuat semakan kad Touch ‘n Go anda dan yang paling best, boleh terus top-up baki secara online menggunakan kad baharu berteknologi NFC.

BACA JUGA: Touch ‘n Go Lancar Kad Boleh Tambah Nilai Guna Telefon Je. Lagi Senang!

Selain itu, urusan pembayaran bil rumah seperti bil elektrik, air, internet, ASTRO dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga boleh dilakukan.

Senang kan guna eWallet? Semua benda boleh buat di hujung jari sahaja!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd