Now Reading
AIA Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma Sehingga 31 Mei

AIA Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma Sehingga 31 Mei

Sebagai insentif tambahan, ahli yang membuat janji temu dan berjaya melengkapkan pemeriksaan kesihatan ini di antara 1 April dan 31 Mei juga akan menerima baucar bernilai RM10.

aia pemeriksaan kesihatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


AIA Malaysia sedang menawarkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara dalam usaha berterusannya untuk menggalakkan Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Sepanjang bulan April dan Mei, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Alpro Pharmacy dan melakukan saringan kesihatan asas secara percuma.

Saringan ini termasuk ujian:

  • Kolesterol darah
  • tekanan darah
  • glukosa darah
  • pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen #LiveWithVitality syarikat insurans tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit kritikal (CI) di Malaysia, AIA berhasrat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan kaedah pencegahan dan mendapatkan diagnosis awal demi kualiti hidup lebih baik.

aia pemeriksaan kesihatan

Kempen #LiveWithVitality adalah sebahagian daripada usaha AIA untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Daripada hanya berjumpa doktor apabila berasa tidak sihat, kami ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar dapat mencegah diagnosis peringkat akhir bagi NCD dan CI.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.

Heng Zee turut menjelaskan bahawa memandangkan Malaysia menuju ke arah menjadi sebuah negara tua, pemeriksaan kesihatan adalah penting bagi tujuan pengesanan dan diagnosis awal yang kemudiannya membawa kepada prognosis dan pemulihan yang lebih baik.

Kami berharap inisiatif seperti ini dapat menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan awam.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.

Buat Pemeriksaan, Dapat Baucar!

aia pemeriksaan kesihatan

Pada masa yang sama, pelanggan AIA yang merupakan ahli AIA Vitality akan terus menikmati pemeriksaan kesihatan asas percuma mereka di Farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara.

Mereka akan memperoleh mata AIA Vitality setelah melakukannya untuk berpeluang menebus lebih banyak ganjaran.

Sebagai insentif tambahan, ahli yang membuat janji temu dan berjaya melengkapkan pemeriksaan kesihatan ini di antara 1 April dan 31 Mei juga akan menerima baucar bernilai RM10.

Mulakan perjalanan anda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, ihsan daripada AIA hari ini – sah sehingga 31 Mei.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI. 


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd