Now Reading
Elak Rakam & Tularkan Orang Susah. Sebaliknya Buat Laporan Dulu

Elak Rakam & Tularkan Orang Susah. Sebaliknya Buat Laporan Dulu

Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Acap itu tular selepas dilihat tertidur ketika sedang menjaja kerepek di kaki lima restoran di Limbongan, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda perasan di beberapa lorong kaki lima di luar premis atau pasar malam, pasti akan ada individu yang duduk di situ untuk menjaja makanan ringan seperti kerepek dan juga meminta sedekah.

Sayu hati bila melihat nasib hidup mereka dan dalam masa yang sama mewujudkan rasa bersyukur dengan kehidupan diri sendiri.

Perkara yang sama turut berlaku di negara kita apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat tertidur ketika sedang menjaja kerepek di kaki lima restoran di Limbongan, Melaka.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Acap itu tular di media sosial dengan jumlah tontonan 2.9 juta tonton selepas tempoh 24 jam video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (danielalii).

https://www.tiktok.com/@danielalii/video/7091150665237466395?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen sayu tengok kecekalan kanak-kanak itu

Di ruangan komen, kebanyakan netizen berasa sayu melihat nasib yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan kerana beranggapan usia seperti itu tidak sepatutnya merasai keperitan hidup sedemikian.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan supaya adik ini dimurahkan rezeki dan terus kuat menghadapi dugaan hidup.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beri respons

Menurut laporan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka memaklumkan pihak mereka tidak menerima sebarang laporan tentang nasib kanak-kanak yang tular menjaja kerepek di kaki lima.

Sebaliknya perkara tersebut hanya disedari selepas video kanak-kanak itu tersebar di media sosial.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Burhanuddin Bachik telah mengarahkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Melaka Tengah bagi menyelamatkan Acap dan akan disiasat sekiranya berlaku kes kecuaian di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, JKM turut menasihatkan orang ramai untuk membuat aduan kepada pihak mereka terlebih dahulu dan bukannya dengan cara menyebarkan kesusahan dialami seseorang.

Sepatutnya rujuk pada pihak JKM dahulu untuk tujuan pengesahan bagi mengelakkan kegiatan scammer yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik.

JKM juga sedang mengesan waris adik Acap dan bercadang untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi kebajikan sekiranya ibu bapanya tidak mampu untuk memberikan perlindungan sempurna.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd