Now Reading
KLCC Naikkan Gaji Minimum Kepada RM2,500 Mulai 1 Mei Ini

KLCC Naikkan Gaji Minimum Kepada RM2,500 Mulai 1 Mei Ini

KLCC menaikkan kadar gaji minimum pekerja kepada RM2,500 lebih daripada mandat kerajaan atas faktor kos kehidupan di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM2,500 yang bakal diberikan kepada pekerja sepenuh masa berkuat kuasa 1 Mei ini.

Gaji minimum tersebut adalah 40% lebih tinggi berbanding mandat kerajaan yang mencadangkan sebanyak RM1,500.

BACA JUGA: Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dipercepatkan?

Pengurus Besar KLCC Alan Pryor membuat pengumuman tersebut bagi menjaga kebajikan pekerja di samping mengambil kira kenaikan kos kehidupan di Kuala Lumpur.

Pekerja adalah aset terbaik kami. Selepas dua tahun apabila perniagaan kami dapat beroperasi sepenuhnya semula, keputusan ini dilihat tepat pada masanya.

Pengurus Besar KLCC Alan Pryor.
Sumber: Kongres Magazine

Pryor juga berkata bahawa sektor hospitaliti menghadapi kekurangan pekerja ketika Malaysia sedang mengalu-alukan acara serta pelancong antarabangsa ke negara ini.

Kenaikan gaji minimum dan pampasan perlu dilaksanakan bagi menarik lebih ramai bakat baharu dan meningkatkan semangat serta moral setiap pekerja sedia ada.

Pengurus Besar KLCC Alan Pryor.

Dalam pada masa yang sama, Pryor turut memaklumkan bahawa KLCC sedang giat mencari pekerja sambilan bagi menyertai Program Duta dengan beberapa kelebihan disediakan seperti caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pakaian seragam, elaun pengangkutan syif malam dan banyak lagi.

KLCC kini sedang bersiap sedia untuk menganjurkan 117 acara berkaitan perniagaan serta hiburan sehingga hujung tahun ini.

BACA JUGA: Suria KLCC Buka Tirai Sambutan Aidilfitri Dengan Tema Suasana Kampung. Meriah!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd