Now Reading
[Terkini] Tol Percuma & Diskaun Di 30 Lebuh Raya – Perdana Menteri

[Terkini] Tol Percuma & Diskaun Di 30 Lebuh Raya – Perdana Menteri

Perkara ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tol percuma dan kadar diskaun sebanyak 30 peratus di lebuh raya seluruh negara bersempena dengan sambutan Aidilfitri dijangka pada 3 Mei.

Perkara itu diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada 30 syarikat konsesi lebuh raya dengan manfaat keseluruhan RM77.11 juta.

Pengecualian tol itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di bahagian lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Sumber: Malay Mail

Insentif ini bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam pada 1 Mei (Ahad) bagi semua kelas kenderaan.

Pemberian tol percuma juga akan diberikan kepada mereka yang ingin pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) sehingga 11.59 malam pada 8 Mei (Ahad) bagi semua jenis kenderaan.

Bagi kadar diskaun tol sebanyak 30 hingga 50% pula akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua jenis kenderaan.

Kerajaan berharap dengan pemberian tol percuma dan diskaun ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang di kampung halaman.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd