Now Reading
Nafi Tiada Saman Jika Tak Pakai Mask. KKM Akan Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini

Nafi Tiada Saman Jika Tak Pakai Mask. KKM Akan Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini

PDRM menegaskan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa peralihan ke fasa endemik Covid-19 bertarikh 1 April 2022 masih lagi berkuatkuasa dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka akan mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada Rabu ini (27 April), kata Khairy Jamaluddin.

Perancangan KKM itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Untuk rekod, sebelum ini media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumumkan dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan Covid-19 di lapangan terbang.


Nafi pendakwaan tiada saman jika tidak pakai pelitup muka

Walau bagaimanapun, beberapa berita tentang pemakaian pelitup muka telah mula tersebar di media sosial menyatakan bahawa kononnya tiada saman akan dikeluarkan buat individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Justeru, pihak berkuasa pada 21 April lalu telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menjelaskan tentang penafian sebaran mesej mendakwa tiada saman akan dikeluarkan terhadap kesalahan tidak memakai pelitup muka.

PDRM menegaskan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa peralihan ke fasa endemik Covid-19 bertarikh 1 April 2022 masih lagi berkuatkuasa dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam.

PDRM juga masih akan meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah Peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

PDRM ingin menasihati orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Siaran Media, Polis Diraja Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd