Now Reading
Indonesia Kecualikan Bayaran Tol Jika Kesesakan Di Plaza Tol Lebih 1km Sempena Raya Ini

Indonesia Kecualikan Bayaran Tol Jika Kesesakan Di Plaza Tol Lebih 1km Sempena Raya Ini

Menurut Menteri Pengangkutan Indonesia, pengecualian tarif tol itu merupakan salah satu pilihan kerajaan dalam menjangkakan sejumlah besar kenderaan semasa ‘mudik Lebaran’ itu nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila menjelang musim Hari Raya Aidilfitri, tidak dinafikan seluruh negara akan mengalami kesesakan jalan raya yang luar biasa. Perjalanan yang hanya memakan masa 30 minit, boleh naik sehingga 1 atau 2 jam.

Ya, kami sudah kena di mana-mana tempat di sekitar Lembah Klang.

Sampaikan tak tahu nak buat apa dah dalam kereta, nak menyanyi pun dah habis playlist lagu diputarkan!

Kredit: Malay Mail

Walaupun kesesakan jalan raya bermula daripada Plaza Tol yang berdekatan, tapi dah sejam pun masih belum nampak bayangan Plaza Tol. Punyalah teruk!


Indonesia Bakal Kecualikan Pembayaran Tol Jika Kesesakan Di Plaza Tol Lebih 1km.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata mekanisme pelaksanaan pelan tarif tol percuma sekiranya terdapat kesesakan kenderaan di plaza tol melebihi 1km semasa pulang ke kampung halaman tahun ini akan dikawal selia oleh Kor Trafik Polis Negara tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa penggubalan peraturan seumpama itu adalah salah satu cara bagi menggalakkan pengurusan plaza tol agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh orang ramai pulang ke kampung nanti.

Sumber: Facts of Indonesia.

Prosedurnya akan dikaji kerana kuasa untuk meluluskannya terletak pada Ibu Pejabat Polis yang menilai sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.

Menurut laporan CNN Indonesia, Budi menjelaskan pengecualian tarif tol itu merupakan salah satu pilihan kerajaan dalam menjangkakan sejumlah besar kenderaan semasa ‘mudik Lebaran’ itu nanti.

Walau bagaimanapun, pihaknya masih menjangkakan kesesakan tidak akan berlaku dengan memaksimumkan perkhidmatan sedia ada.

Namun, hanya jika terdapat kesesakan lalu lintas yang melebihi satu kilometer, kita dan pihak polis akan beri budi bicara untuk membenarkan tarif tol dikecualikan.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd