Now Reading
Touch ‘n Go Lancar Kad Boleh Tambah Nilai Guna Telefon Je. Lagi Senang!

Touch ‘n Go Lancar Kad Boleh Tambah Nilai Guna Telefon Je. Lagi Senang!

Pengguna boleh pautkan kad mereka dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk membuat tambah nilai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda pengguna kad Touch ‘n Go? Mesti ramai sebelum ini pernah mengharapkan akan adanya fungsi tambah nilai yang lebih efisien secara atas talian, betul tak?

‘Impian’ anda kini sudah menjadi kenyatan kerana Touch ‘n Go baru sahaja melancarkan kad baharu mereka yang membolehkan pengguna untuk membuat tambah nilai secara online.

Senang je, cuma menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan tiada caj dikenakan. Percuma!

Kad tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga RM10 sahaja. Kalau nak beli melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet pun boleh juga tetapi hanya terdapat di beberapa lokasi sahaja di seluruh negara.

Kami amat berbesar hati kerana dapat membawa kad ini dalam pasaran untuk menangani masalah tambah nilai yang sering dialami oleh pengguna. Dengan naik taraf ini, kad tersebut boleh ditambah nilai pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

CEO Touch ‘n Go Effendy Shahul Hamid.

Macam mana nak tambah nilai kad?

Apabila anda sudah membeli kad tersebut, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan kad berkenaan dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Kemudian anda perlu memegang kad berkenaan di belakang telefon selama lima saat untuk mengaktifkannya.

Selepas selesai proses tersebut, anda sudah boleh melihat baki di dalam kad berkenaan dan membuat transaksi tambah nilai.

Kad Touch ‘n Go ini juga boleh digunakan untuk pembayaran cashless seperti tol, pengangkutan awam, servis dan lebih 700 kawasan parkir kereta di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang kad Touch ‘n Go ini, anda boleh layari laman web www.touchngo.com.my.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd