Now Reading
Melaka Berdepan Masalah Kekurangan Telur Ayam Gred C

Melaka Berdepan Masalah Kekurangan Telur Ayam Gred C

Keadaan mula stabil pada bulan Mac namun menjelang April, bekalan susut semula berikutan umat Islam menyambut Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Melaka berdepan kekurangan telur ayam gred C berikutan permintaan tinggi daripada peniaga makanan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata permintaan tinggi terhadap telur ayam gred C adalah kerana harganya yang paling murah iaitu hanya 37 sen sebiji berbanding gred B (39 sen) dan gred A (41 sen).

“Masalah ini dikesan sejak Disember tahun lalu. Ia stabil pada Januari, tetapi pada Februari, bekalan berkurangan berikutan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis (21 April).

Ngwe berkata keadaan kembali stabil pada Mac, tetapi menjelang April, berlaku kekurangan lagi kerana bulan puasa.

Bagi telur ayam gred A dan B, beliau berkata terdapat banyak di pasaran tempatan, dengan sebahagiannya dieksport ke Singapura.

Justeru, beliau menggesa peniaga untuk menggunakan telur gred A dan B kerana harganya tidak jauh berbeza.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd