Now Reading
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia

Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan meninggal dunia hari ini sewaktu menerima rawatan di Hospital Dublin, Ireland.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi.

Saya mewakili Keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran bagi menghadapi ujian ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri mendedahkan bahawa Allahyarham telah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 sehingga 2018 dan amat disegani serta pernah menjadi tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique juga tampil memberi ucapan takziah atas pemergian Tan Sri Dr Ali Hamza.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat rahmat Allah SWT.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd