Now Reading
[Terkini] Kes Basikal Lajak: Rayuan Sam Ke Ting Tangguhkan Hukuman & Denda Berjaya

[Terkini] Kes Basikal Lajak: Rayuan Sam Ke Ting Tangguhkan Hukuman & Denda Berjaya

Sam Ke Ting dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin sementara menunggu rayuan didengar semula oleh mahkamah.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mahkamah Rayuan pada hari ini (18 April) telah menangguhkan hukuman serta denda Sam Ke Ting yang terlibat dalam kes basikal lajak sehingga menyebabkan kematian lapan orang remaja lima tahun lalu di Johor.

Perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini telah membenarkan Sam Ke Ting untuk dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin.

Dengan itu, wanita tersebut boleh dibebaskan sementara menunggu rayuan didengar.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Sam Ke Ting akan dihukum penjara enam tahun dan denda RM6,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu pada tahun 2017.

BACA JUGA: Pemandu Wanita Langgar Mati 8 Remaja Main Basikal Lajak Dihukum Penjara 6 Tahun

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd