Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Bermula Hari Ini, 18 April
Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, semalam (17 April).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, kerajaan pada 16 Mac lalu telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Berdasarkan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
“Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umum beliau.
BACA LANJUT: Pengeluaran Khas KWSP Berjumlah RM10,000 Kini Dibenarkan – PM
Pengeluaran Khas Diawalkan.
Pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 diawalkan bermula hari ini (18 April).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu bahawa pemohon yang membuat permohonan pengeluaran pada awal April lalu boleh mula menyemak akaun bank mulai hari ini.
Semoga bantuan ini dapat membuatkan sambutan Aidilfitri tuan puan lebih bermakna tahun ini. Insya-Allah.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.
Jumlah permohonan itu merangkumi 44% daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.
Untuk rekod, tarikh tutup bagi kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.