Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Empat lelaki ditahan pihak polis selepas didakwa telah merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Maharashthra, India.
Individu yang ditahan itu ialah Sandeep Tukram, Pawar Mangesh, Janardhan Kamtekar dan Akshay Sunil.
Kesemua suspek yang ditahan itu dipercayai pemburu yang memasuki hutan terpelihara secara senyap-senyap dan melakukan perbuatan terkutuk tersebut dengan seekor biawak.
Sumber: Yahoo News Singapore
Menurut laporan, kejadian itu telah dikesan oleh Jabaran Hutan Maharashthra selepas mengesan beberapa suspek melalui bantuan rakaman kamera litar tertutup CCTV.
Selain itu, pegawai mereka juga telah menjumpai rakaman video kejadian berkenaan di dalam telefon bimbit suspek ketika diperiksa.
Rakaman video perbuatan terkutuk itu menunjukkan kesemua suspek telah merogol biawak berkenaan secara beramai-ramai.
Sumber: Asia-Plus
Kes tersebut akan disiasat di Mahkamah Keseksaan India bagi perbicaraan terhadap pertuduhan yang didakwa ke atas kesemua suspek.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.