Now Reading
Wanita 25 Tahun Maut Terjatuh Dari Tebing Tasik Blue Lagoon Ketika Bergambar

Wanita 25 Tahun Maut Terjatuh Dari Tebing Tasik Blue Lagoon Ketika Bergambar

Wanita dikenali sebagai V Aruna telah maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari tebing tasik Blue Lagoon akibat tergelincir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang wanita dilaporkan maut akibat terjatuh di tebing Tasik Biru Pulai atau dikenali sebagai Blue Lagoon di Johor setinggi 23 meter ketika sedang bergambar dengan latar belakang pemandangan indah tasik berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Mohd Riduan Akhyar memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.06 petang.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta kenderaan pikap dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati wanita dikenali sebagai V Aruna berusia 25 tahun itu terjatuh dari tebing tasik Blue Lagoon akibat tergelincir.

Ketika kejadian, suami mangsa difahamkan ada bersama dengan mangsa ketika melakukan aktiviti mendaki.

Sumber: Chillout, Soulout & Freakout

Mangsa disahkan meninggal dunia

Anggota pasukan bomba telah menemui mayat mangsa di sekitar kawasan anak sungai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Operasi menyelamat telah tamat pada jam 5.08 petang dan mayat mangsa kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tasik Blue Lagoon yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuari sebenarnya adalah kawasan larangan tetapi menjadi tarikan bagi aktiviti mendaki.

BACA JUGA: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd