Now Reading
ePemula: Golongan Belia Boleh ‘Claim’ E-tunai RM150 Bermula Hari Ini

ePemula: Golongan Belia Boleh ‘Claim’ E-tunai RM150 Bermula Hari Ini

Sebanyak RM150 akan dikreditkan secara e-tunai di bawah program ePemula menerusi BigPay, ShopeePay, GrabPay atau Touch ‘n Go e-Wallet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sepenuh masa layak mendaftarkan diri mereka bagi menerima bantuan RM150 menerusi kredit e-tunai di bawah program ePemula mulai hari ini.

Kredit e-tunai itu akan diberikan melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-Wallet.

Selain daripada kredit e-tunai RM150 itu, penyedia perkhidmatan juga akan memberikan insentif tambahan seperti cashback, baucar dan kutipan coins sepanjang program ini berlangsung.

Sebanyak RM 300 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) di bawah Belanjawan 2022 bagi program ePemula ini.

Sumber: Lowyar.net

ePemula

Tempoh pendaftaran dan tuntuan ePemula akan bermula pada 11 April sehingga 1 Jun 2022 manakala kredit e-tunai yang sudah dituntut pula boleh dimanfaatkan sehingga 10 Jun 2022.

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi anda yang ingin mendaftar program ePemula. Antaranya seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Atau pelajar sepenuh masa di mana-mana IPTA serta IPTS tempatan yang berdaftar

Data tentang pemohon akan disemak semula dengan pihak IPT berdaftar sebelum melayakkan seseorang menerima kredit e-tunai RM150.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd