Now Reading
“Sasar 8 PhD” – Soo Wincci Kini Bergelar Pensyarah Di UiTM Shah Alam

“Sasar 8 PhD” – Soo Wincci Kini Bergelar Pensyarah Di UiTM Shah Alam

Dr Soo Wincci menjelaskan kini beliau memiliki dua PhD daripada lapan yang disasarkan. PhD ketiga mungkin jurusan undang-undang antarabangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dr Soo Wincci, iaitu Miss World Malaysia pertama kini dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan itu melayakkannya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu.

Orang selalu kaitkan 1 April dengan usikan ‘April Fool’. Namun, tarikh itu secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman. Akhirnya, langkah saya ke alam profesor pula. Saya kini menjadi pensyarah mengajar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam subjek produksi muzik dan perniagaan.

Dr Soo Wincci kepada Berita Harian.

Soo Wincci turut menjelaskan bahawa dia bakal mengajar dalam 70 hingga 80 pelajar yang kesemuanya dalam golongan B40.

Dan setakat ini, jadual tugasan sebagai pensyarah tidak mengganggu komitmen lain yang dimilikinya.

Saya hanya akan terbang ke Valencia, Sepanyol pada cuti semester atau selepas selesai peperiksaan. Saya akan mengajar untuk sesi virtual sekiranya berada di lokasi negara lain. Saya mengajar hampir setiap hari di UiTM, kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi, bolehlah fokus minat sebagai artis dan kerja produksi.

Dr Soo Wincci kepada Berita Harian.

Sasar 8 PhD, Kini Miliki 2.

Dr Soo Wincci.

Katanya, baki pengajian doktor falsafah (PhD) kedua dalam bidang produksi artistik hanya berbaki satu sesi latihan industri.

Saya sasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang, baru dua. PhD ketiga saya berkemungkinan ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma, belum tahu universiti manakah nak teruskan.

Dr Soo Wincci kepada Berita Harian.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan ada juga ditawarkan untuk menjadi pensyarah di Nepal dan mengajar subjek kejuruteraan kimia, namun ditolak olehnya.

Jelasnya, “Ikutkan sebelum ‘lompat’ ke bidang undang-undang dan seni, saya mempunyai asas dalam kejuruteraan kimia.”

Tahun Ke-11 Berpuasa.

Soo Wincci meluahkan rasa syukur aturan masa cantik kerana dapat berpuasa sebulan di Malaysia.

“Ini tahun ke-11 saya berpuasa. Tiga tahun sebelum ini, saya berpuasa di Sepanyol.

“Dapat juga lepas rindu berbuka puasa dan bersahur di negara sendiri. Dan tentunya amalan berpuasa mengajar saya bukan setakat menahan lapar dahaga, tetapi bersabar,” katanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd