Now Reading
Rakyat Singapura Miliki Hutang Saman Trafik Dihalang Keluar Dari Malaysia

Rakyat Singapura Miliki Hutang Saman Trafik Dihalang Keluar Dari Malaysia

Pesalah trafik warga Singapura yang mempunyai tunggakan saman trafik tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sehinggalah hutang dilunaskan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pesalah trafik warga Singapura yang mempunyai tunggakan saman tidak boleh meninggalkan negara ini sebelum menyelesaikan kesemua hutang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, pesalah trafik yang mempunyai notis saman Pol.170A iaitu saman tidak bersemuka boleh ditahan lalu ditukarkan status kepada Pol.257 iaitu saman bersemuka yang boleh didakwa di mahkamah.

Sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan berbanding saman yang dikeluarkan berjumlah 143,427 sejak 2016 sehingga 2021.

JPST ingin menegaskan bahawa pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari Malaysia sekiranya tidak menjelaskan tunggakan saman di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim.

Sementara itu bagi pesalah trafik yang mempunyai saman berstatus waran tangkap pula, pihak polis boleh menangkap mereka dan dituduh di mahkamah.

Sekiranya pesalah trafik berkenaan tidak dapat dituduh pada hari yang sama, dia akan ditahan jika tidak dapat membawa penjamin dalam kalangan warga Malaysia.

Sumber: Asia One

Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA)

Mengulas lanjut, Mat Kasim menjelaskan bahawa Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengambil tindakan kepada pesalah trafik warga Singpura dalam skala besar.

Kami menafikan bahawa isu saman tertunggak itu berlaku disebabkan oleh kelemahan penguatkuasaan. Antara faktor penyumbang adalah notis saman sukar diberikan kerana tidak memiliki alamt pesalah trafik untuk diposkan kepada mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim.

Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) yang bakal berkuatkuasa di pintu sempadan negara akan berguna bagi mendapatkan maklumat pesalah trafik dengan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan warga Singapura.

Sistem tersebut yang akan menggunakan 40 alat Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (iCOPS) ini juga boleh mengesan kenderaan hilang atau yang dilaporkan curi termasuk kenderaan klon.

Sumber: Astro Awani

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd