Now Reading
Tampin Pegang Takhta Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Tahun 2021

Tampin Pegang Takhta Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Tahun 2021

PlanMalaysia dalam satu kenyataan berkata Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka mencatatkan skor penuh ‘Bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jika sebelum ini, Taiping telah tersenarai antara lokasi paling bahagia di Malaysia – dinamakan antara tiga bandar mampan teratas di dunia dengan Anugerah Destinasi Top 100 Lestari 2019.

BACA SINI: Taiping, Melaka & Seremban Among 10 Happiest Places In Malaysia

Untuk tahun 2021 pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini telah mengiktiraf tiga negeri di Malaysia sebagai bandar paling bahagia untuk tahun 2021.

Ketiga-tiga negeri tersebut iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencatatkan skor penuh ‘bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80%.

Bahkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor ‘bahagia’ penuh untuk kesemua kawasan yang dinilaikan.

Tampin Skor Tertinggi

Sumber: Wikipedia

Daripada itu, Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi (99.5%) diikuti:

  • Jelebu (97.85&)
  • Jempol (89.07%)
  • Kuala Pilah (88.39%)
  • Port Dickson (85.76%)
  • Seremban (83.60%)
  • Rembau (81.91%)

Untuk rekod, antara soalan yang ditanya bagi menentukan skor ‘bahagia’ termasuklah:

  • Tahap tekanan kehidupan dialami individu.
  • Kadar kepuasan hati dengan kesihatan.
  • Kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara.
  • Tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.

Soalan-soalan di atas adalah berdasarkan situasi di Malaysia.

Namun, di peringkat dunia terdapat lima perkara penting dalam menentukan indeks kebahagiaan di sesuatu kawasan seperti dilaporkan Inc.com, iaitu:

  1. Kurang waktu perjalanan ke tempat kerja.
  2. Kurang bahagia di kawasan sejuk.
  3. Lebih bahagian di kawasan banyak kemudahan
  4. Kehijauan alam menghadirkan kegembiraan.
  5. Populasi berpendidikan tinggi.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd