Now Reading
Pemandu Lori Cedera Dihempap Kontena Jatuh Dari Jambatan Setinggi 12 Meter Di Klang

Pemandu Lori Cedera Dihempap Kontena Jatuh Dari Jambatan Setinggi 12 Meter Di Klang

Sebuah lori hilang kawalan dan menyebabkan kontena yang dibawa terjatuh ke bawah lalu menghempap seorang pemandu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pemandu dilaporkan cedera selepas lori dipandunya dihempap oleh sebuah kontena yang terjatuh dari sebuah jambatan berketinggian 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang semalam (5 April).

Mangsa berusia 49 tahun dikenali sebagai Rusaini Hassani terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menerima rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis  memaklumkan enam orang anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 tengah hari.

Ketika kejadian, sebuah lori kontena hilang kawalan semasa melalui selekoh susur jambatan SKVE sebelum terbalik dan menyebabkan muatan kontena yang dibawa terjatuh ke bawah.

Kontena berisi kotak kitar semula telah terjatuh telah menghempap dua buah lori yang sedang melalui di bawah jambatan itu.

Salah satu daripada lori tersebut dihempap di bahagian hadapan menyebabkan pemandunya tersepit. Walau bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.

Insiden yang tular di media sosial itu juga telah menyebabkan kesesakan jalan raya di lokasi kejadian dan menghalang laluan ke Pulau Indah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd