Now Reading
Polis Kejar Suspek Bawa Daun Ketum & Ubat Batuk Sejauh 55km Di Kelantan

Polis Kejar Suspek Bawa Daun Ketum & Ubat Batuk Sejauh 55km Di Kelantan

Siasatan mendapati bekalan daun ketum dan ubat batuk terbabit diperoleh dari Kedah untuk dipasarkan di Selatan Thailand.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian kejar mengejar sejauh 55km telah berlaku di Gua Musang, Kelantan pada pagi semalam (3 April) melibatkan dua suspek dan juga pihak polis.

Menurut laporan, susulan penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun itu, polis berjaya merampas 140 kilogram (kg) daun ketum dan 100 botol ubat batuk.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata ketika kejadian anggota polis sedang melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP).

Walau bagaimanapun, sebuah kenderaan jenis Proton Inspira dilihat dalam keadaan mencurigakan dan sebaik ditahan untuk pemeriksaan, kenderaan suspek enggan berhenti.

Polis terpaksa mengejar kenderaan terbabit sejauh 55km, sebelum kenderaan suspek melanggar dua kenderaan lain dan terbabas. Hasil pemeriksaan kami mendapati terdapat 140kg daun ketum dan 100 botol ubat batuk yang dianggarkan bernilai RM3,400.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

Siasatan mendapati bekalan daun ketum dan ubat batuk terbabit diperoleh dari Kedah untuk dipasarkan di Selatan Thailand. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd