Now Reading
Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah

Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Kes Tanam Pokok Ganja & Miliki Dadah

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman tiba di mahkmah pagi ini untuk didakwa atas kesalahan memiliki dadah dan menanam pokok ganja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, penyanyi dan komposer nasyid iaitu Yasin Sulaiman telah ditahan oleh pihak polis di sebuah kondominium di Kota Damansara selepas disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan serbuan di kediaman tersebut menemui sebanyak 17 pasu pokok ganja dan dua plastik berisi ganja seberat 14 gram dianggarkan bernilai RM10,700.

Hasil siasatan juga mendapati Yasin telah membekalkan barang terlarang ini kepada 214 penagih yang lain.

BACA JUGA: Umpama Kebun Mini, Polis Temui 17 Pokok Ganja Di Kediaman Penyanyi Nasyid

Sumber: Malaysia Post

Tiba di mahkamah untuk didakwa

Penyanyi itu telah dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada jam 10 pagi hari ini (31 Mac) sambil diiringi oleh pihak polis untuk proses pendakwaan.

Yasin yang berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Seksyen.

Hasil ujian air kencing juga mendapati penyanyi tersebut positif dadah jenis THC.

Sumber: Kosmo

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd