Now Reading
Denda Maksimum RM2,000 & Penjara Setahun Jika Ponteng Puasa Ramadan Di Pulau Pinang

Denda Maksimum RM2,000 & Penjara Setahun Jika Ponteng Puasa Ramadan Di Pulau Pinang

Pesalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika didapati sengaja tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Denda, hukuman penjara atau kedua-duanya akan dikenakan ke atas orang Islam yang sihat yang ditangkap dengan sengaja makan atau minum di tempat awam pada bulan Ramadan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Undang-undang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

“Pada bulan puasa, Pulau Pinang akan menganjurkan kempen menghormati Ramadan dengan mengadakan operasi bersepadu sebagai salah satu inisiatif pentadbiran Islam negeri bagi mengajak umat Islam bersama-sama memuliakan bulan mulia.

“Objektif operasi bersepadu itu adalah untuk meningkatkan kesedaran umat Islam serta membanteras perbuatan tidak menghormati bulan Ramadan seperti sengaja makan atau minum di khalayak ramai ketika tidak mengalami sebarang sakit,” kata Zakiyuddin kepada Bernama.

Sumber: Remaja

Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) juga berkata di bawah seksyen sama enakmen itu, tindakan juga boleh diambil terhadap pihak yang menjual makanan, minuman, rokok atau barangan seumpamanya secara terbuka kepada umat Islam.

“Operasi itu akan dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama agensi seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, ” tambah beliau.

Zakiyuddin juga berkata JHEAIPP telah mengenal pasti kira-kira 120 lokasi popular untuk menjalankan operasi berkenaan.

“Kami berharap operasi bersepadu tersebut dapat meningkatkan kesedaran kepada umat Islam di Pulau Pinang untuk menjadikan bulan puasa tahun ini sebagai Ramadan yang terbaik,” katanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd