Now Reading
Tol Percuma Di Pintu Masuk Malaysia – Singapura Selama 7 Hari Mulai 1 April Ini

Tol Percuma Di Pintu Masuk Malaysia – Singapura Selama 7 Hari Mulai 1 April Ini

Pengecualian bayaran tol melibatkan dia pintu sempadan Malaysia – Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kerajaan telah mengumumkan pengecualian bayaran tol selama tujuh hari bermula 1 April ini di plaza tol Malaysia – Singapura.

Pengecualian itu dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk dan keluar negara selaras dengan pendekatan bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Dua pintu masuk sempadan negara yang terlibat dalam pengecualian ini adalah di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).

Sumber: Astro Awani

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melaksanakan pengecualian tersebut bersempena dengan pembukaan semula sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 April ini.

Pengecualian bayaran tol ini membabitkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 April 2022, selaras dengan pendekatan untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Linkedua setiap hari selepas sempadan darat mula dibuka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd