Terima RM200 ‘Suapan’ Kes Khalwat, Anggota Polis Didenda RM1,500
Anggota polis itu didakwa telah menerima suatu benda berharga iaitu wang tunai RM200 daripada seorang lelaki berusia 26 tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sekitar dua tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah didapati bersalah di atas pertuduhan pilihan menerima suapan berjumlah RM200 daripada seorang lelaki.
Menurut laporan, tertuduh iaitu Abdul Hadi Abu Bakar, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani hukuman sebulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.
Terima Rasuah Lepaskan Kes Khalwat.
Mengikut pertuduhan, anggota yang bertugas di Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu dilaporkan menerima suatu benda berharga iaitu wang tunai RM200 daripada seorang lelaki berusia 26 tahun.
Suapan itu dipercayai menjadi dorongan untuk tertuduh tidak melakukan suatu perbuatan yang mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi iaitu membawa lelaki terbabit bersama seorang wanita berusia 20 tahun ke balai polis atas kesalahan khalwat yang dilakukan pasangan itu pada 30 Disember 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.